Cart 0
PKE 747 Pu Sang

PKE747 Dedak Lembu / Makanan Penggemuk Lembu Buah Kelapa Sawit (50KG)

RM 0.00


Makanan Penggemuk Lembu SP Berkat PKE747
 
Dedak lembu SP Berkat PKE 747 adalah makanan penggemuk lembu yang berkualiti tinggi dan sesuai untuk semua jenis lembu.
 
 Mengandungi palm kernel expeller (PKE) atau inti sawit, pollard gandum, sekam padi, jagung, gula merah, vitamin dan lemak seimbang, ia dapat membantu pertumbuhan ternakan lembu anda dengan baik agar lembu-lembu anda membesar dengan sihat dan gemuk.
  
PKE, adalah produk sampingan yang terhasil daripada proses pengekstrakan minyak sawit mentah dan merupakan bahan mentah utama yang digunakan untuk menghasilkan dedak lembu SP Berkat 747 ini kerana ia mempunyai kandungan protein mentah yang tinggi serta kadar tenaga yang berpatutan.
 
 Selain mempunyai kandungan protein yang mencukupi untuk membantu pertumbuhan lembu, pellet 747 ini juga dapat membantu membuatkan ternakan lembu anda sentiasa berasa kenyang serta cepat kembang.
 
 
 
Khasiat Kandungan PKE 747:
 
Protein: Bekalan protein yang mencukupi dapat membantu pertumbuhan, pembiakan dan penggemukan ternakan.
 
Vitamin: Membantu meningkatkan tahap kesihatan, metabolisme, pertumbuhan, reproduktif  serta menguatkan otot.
 
Air: Membantu untuk mengawal suhu badan, mencegah penyakit, serta baik untuk membantu meningkatkan kualiti penglihatan & pendengaran.
 
Lemak: Sebagai sumber tenaga /bahan pembakar yang membekalkan lemak asid tertentu kepada ternakan untuk menjalankan aktiviti harian dengan baik.
 
 
 
 
Kenapa Anda Harus Dapatkan Dedak lembu SP Berkat PKE 747:

  1. Membantu menggemukkan ternakan lembu anda dengan cepat.
  2. Membekalkan pelbagai khasiat yang baik untuk meningkatkan tahap kesihatan ternakan.
  3. Harga yang berpatutan dengan kualiti dedak terbaik di pasaran.


 
Cadangan Pemakanan:
 
Disarankan untuk memperkenalkan secara perlahan-lahan kepada lembu tenusu dewasa pada kadar 500g setiap lembu sehari. Kemudian, anda boleh tingkatkan saiz hidangan ke maksimum 6 kg untuk setiap lembu sehari. Keperluan dan saiz hidangan akan berbeza bergantung pada diet semasa.
 
 
 
Penyimpanan:
 
Simpan di kawasan yang kering dan pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak dari serangan burung dan tikus. Jauhi dari kanak-kanak.