7620 Pelet Kulit Kacang Soya / Soybean Hull Pellet / Dedak Soya (50KG) - Makanan Lembu & Kambing
Pellet Kulit Kacang Soya SP Berkat 7620
Dedak Soya SP Berkat 7620 atau dikenali sebagai pellet kulit kacang soya, merupakan dedak kambing & lembu yang berkualiti tinggi dan sesuai untuk semua jenis lembu, kambing, biri-biri dan rusa.
Antara kandungan utama dedak soya 7620 ini ialah; PKE, soya, protein, fiber mentah, bahan kering, wheat pollard (pollard gandum), gula merah dan lain-lain. Kandungannya kaya dengan pelbagai khasiat terutamanya karbohidrat (carbs) dapat membantu ternakan anda membesar dengan sihat serta mempercepatkan proses penggemukkan haiwan.
Kandungan SP Berkat 7620 & Khasiatnya:
Protein & Karbohidrat : Kandungan protein dan fiber yang cukup amat penting bagi memastikan semua sel dan organ ternakan berfungsi dengan baik. Hal ini dapat membantu ternakan anda melawan serangan penyakit. Serta, merupakan antara sumber utama yang membantu proses penggemukan ternakan.
Bahan kering seperti dedak halus, jagung, bungkil kelapa, bungkil kacang tanah, hampas tauhu clan sebagainya: Kaya dengan pelbagai khasiat tambahan untuk membantu proses tumbesaran haiwan.
Mineral (Kalsium & Fosforus) : Sumber yang baik bagi membantu pertumbuhan tulang dan gigi.
Air : Mengawal suhu badan serta membantu pengambilan zat oleh badan ternakan dengan lebih mudah.
Kenapa Anda Perlu Dapatkan Makanan Kambing SP Berkat 7620:
- Membantu meningkatkan selera makan ternakan anda.
- Membantu mempercepatkan pembesaran ternakan.
- Kaya dengan pelbagai khasiat terutamanya kandungan karbohidrat dan protein yang tinggi.
- Harga yang berpatutan dengan kualiti dedak terbaik di pasaran.
Cadangan Pemakanan:
Pastikan dedak dilembabkan dahulu sebelum diberi makan kepada ternakan bagi mengelakkan debu-debu dedak masuk ke rongga hidung.
Keperluan dan saiz hidangan akan berbeza bergantung pada diet semasa.
Penyimpanan:
Simpan di kawasan yang kering dan pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak dari serangan haiwan perosak.